Selipar Jepun Merah - Satu hari satu
Setiap hari satu gambar akan di paparkan dan sedikit tulisan akan di kongsi. Eksperimen ini bertujuan untuk memberi cabaran kepada penulis dan juga sebagai titik rujukan kepada beliau tentang perkara perkara berlaku. Setiap gambar dan tulisan adalah hakmilik penulis, tetapi sekiranya bukan nukilan beliau,rujukan akan diberikan.Setiap gambar dan tulisan adalah hakmilik penulis dan tidak dibenarkan untuk ditiru tanpa kebenaran penulis.
5.1.12
4.1.12
Apa yang dimaksudkan dengan merdeka? Jiwa yang merdeka? Pemikiran yang merdeka? Seksualiti merdeka? Negara yang merdeka? Rakyat yang merdeka?
Kebebasan untuk menjadi diri sendiri juga satu kemerdekaan. Kebebasan untuk bersuara juga suatu kemerdekaan. Namun adakan dengan kemerdekaan-kemerdekaan ini kita layak menjadi Tuhan dengan menghukum orang lain hanya untuk mepraktikkan kemerdekaan kita?
3.1.12
2.1.12
Tapau daging dendeng dari kenduri doa selamat.
Rebus pasta di dalam air yang digelegakkan bersama secubit garam.
Dadukan bawang besar dan bawang putih.
Tumiskan daduan bawang-bawang di dalam minyak yang sedikit.
Masukkan daging dendeng dan tambahkan sedikit air.
Gaul rata dan tambahkan pasta al-dante yang telah ditos kering.
Gaul rata dan tambahkan dua sudu sos pasta.
Gaul rata, rasa, angkat dan hidangkan.
Hasilkan pasta beef dendeng!
1.1.12
Oh Anak ( M.Nasir/Loloq)
Bintang-bintang ke syurga
Pertama percaya
Dua tak putus asa
Tiga terus terima
Empat tak berubah-ubah
Kelima rela berserah
Enam pentingkan yang sedia
Tujuh yang terpaling istimewa
Keikhlasanmu
Kalau ada bendanya
Mesti ada namanya
Kalau ada isinya
Mestilah ada bekasnya
Perlahan-lahan makan anak Sayang
Jangan sampai tercekik
Paku seluruh alam
Berhati-hati minum Sayang
Jangan sampai tersedak
Buih satu lautan
Perlahan-lahan jalan Sayang
Jangan sampai tersandung
Bendul gunung impian
Berhati-hati tatang alahai intan
Jangan sampai (kau) tertumpahkan
Setitis pun kasih sayang
(Kelak kau 'kan hidup dalam
Kekesalan berpanjangan)
Tiada petua kemenangan
Setanding ketaatan
Kepada Sang Pemilik
Kehendak dan ikhtiar
Rindumu yang sebena
Subscribe to:
Posts (Atom)